BM | EN
Pengurusan

Pengabstrakan & Pelencongan Air

Permohonan lesen untuk aktiviti pengabstrakan dan pelencongan air di Negeri Perak

Maklumat Penting

Semua aktiviti pengabstrakan dan pelencongan air memerlukan lesen daripada LPSA Perak di bawah Enakmen Sumber Air (Perak) 2023. Pemohon dikehendaki mematuhi semua peraturan dan syarat yang ditetapkan.

Peraturan-Peraturan Sumber Air Perak (Pengabstrakan dan Pelencongan Air) 2025

Peraturan-peraturan ini mengandungi keperluan dan prosedur untuk permohonan lesen pengabstrakan dan pelencongan air di Negeri Perak.

  • Bahagian I - Permulaan (kuat kuasa 1 Jan 2026)
  • Bahagian II - Pelesenan (aktiviti berlesen, permohonan, syarat, tempoh & pembaharuan)
  • Bahagian III - Penggantian/Pembatalan lesen & rayuan
  • Bahagian IV - Fi, deposit, caj air & pemasangan meter
  • Bahagian V - Pengauditan & pemantauan
  • Bahagian VI - Penguatkuasaan & arahan pematuhan
  • Bahagian VII - Pengecualian, pelanjutan masa & penalti am
Fi dan Caj

Senarai fi dan caj yang dikenakan untuk permohonan dan pembaharuan lesen pengabstrakan dan pelencongan air.

Jadual / Schedule Fi / Fee
Fi permohonan lesen RM200/permohonan
Fi lesen pengabstrakan air RM400/tahun
Fi lesen pelencongan air RM400/tahun
Fi perubahan butiran lesen RM50
Fi lesen PENDUA RM50

PERINCIAN KADAR CAJ AIR / WATER CHARGE RATE DETAILS

Punca kuasa bagi penetapan kadar baharu caj air mengikut kategori penggunaan di bawah subseksyen 47(1) Enakmen 18.

Tujuan Penggunaan / Purpose of Use Caj Air (RM)
Pengabstrakan dan pelencongan air bagi tujuan:

(i) Komersial
(ii) Penjanan hidroelektrik
(iii) Pengapungan panel solar
(iv) Utiliti awam (air laut)
(v) Utiliti awam (selain air laut)
(vi) Komersial (akuakultur)
(vii) Penanaman padi
0.11/meter padu
50,000.00/MW
5.00/meter persegi/tahun
0.03/meter padu
0.05/meter padu
0.05/meter padu
Percuma
Nota: Fi berdasarkan Peraturan-Peraturan Sumber Air Perak (Pengabstrakan dan Pelencongan Air) 2025. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Jadual Pertama Peraturan atau hubungi pejabat kami.
Mohon Secara Atas Talian

Mohon lesen pengabstrakan dan pelencongan air melalui sistem permohonan dalam talian kami. Proses yang mudah, cepat dan selamat.

Keperluan Permohonan Dalam Talian:

  • Akaun MyGovLPSA yang berdaftar
  • Dokumen sokongan PDF (maks 5MB)
  • Pembayaran fi permohonan melalui FPX

Langkah-Langkah Permohonan:

  1. Daftar akaun MyGovLPSA
  2. Log masuk ke sistem
  3. Pilih jenis permohonan
  4. Lengkapkan borang & muat naik dokumen
  5. Bayar fi permohonan
  6. Hantar permohonan
Pergi ke Portal Permohonan
Borang-Borang Permohonan

Muat turun borang-borang permohonan yang diperlukan. Semua borang mesti dilengkapkan dan dikemukakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan.

LPSA-PA-01 PDF • 2.4 MB

BORANG MENEBUK, MENGGALI, MENGGERUDI ATAU MEMBINA TELAGA

Untuk permohonan menebuk, menggali, menggerudi atau membina telaga

Muat Turun
LPSA-PA-02 PDF • 2.1 MB

BORANG PEMBAHARUAN

Untuk pembaharuan lesen sedia ada

Muat Turun
LPSA-PA-03 PDF • 1.8 MB

BORANG AIR TANAH

Untuk permohonan lesen pengabstrakan air tanah

Muat Turun
LPSA-PA-04 PDF • 1.5 MB

BORANG AIR PERMUKAAN

Untuk permohonan lesen pengabstrakan air permukaan

Muat Turun
Nota: Borang lengkap hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan ke pejabat LPSA Perak atau melalui sistem permohonan dalam talian.

Maklumat

Lembaga Pengurusan Sumber Air Negeri Perak (LPSA Perak) adalah badan kawal selia yang bertanggungjawab mengurus sumber air negeri secara bersepadu.

Ditubuhkan di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023 yang diluluskan pada 27 September 2023.

 

Tag Popular