BM | EN

Maklumat Korporat

Penubuhan

Sejarah penubuhan dan perkembangan LPSA Perak sebagai badan berkanun kawal selia sumber air negeri

Latar Belakang

Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023.

Penubuhan LPSA Perak bertujuan untuk mengurus sumber air negeri secara bersepadu melalui tiga (3) mekanisme utama, iaitu pembangunan, perlindungan dan penguatkuasaan.

Sejarah Penubuhan

Perjalanan LPSA Perak sejak penubuhannya hingga kini

27 September 2023

Kelulusan Enakmen Sumber Air Perak 2023

Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan meluluskan Enakmen Sumber Air Perak 2023 [Enakmen 18] sebagai asas perundangan baharu bagi pengurusan sumber air negeri secara bersepadu.

Kelulusan Enakmen Sumber Air Perak 2023
1 Mac 2024

Penguatkuasaan Enakmen & Penubuhan LPSA Perak

Bahagian 1, 2, 3 dan 8 Enakmen Sumber Air Perak 2023 mula dikuatkuasakan, sekali gus menubuhkan LPSA Perak sebagai badan berkanun kawal selia sumber air negeri.

Penguatkuasaan Enakmen & Penubuhan LPSA Perak
20 Jun 2024

Mesyuarat Pertama LPSA Perak

Mesyuarat pertama Anggota LPSA Perak dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Timbalan Pengerusi Lembaga bagi menetapkan hala tuju penubuhan dan pengoperasian LPSA Perak.

Mesyuarat Pertama LPSA Perak
2024

Pelantikan Pengurusan Awal

LPSA Perak melantik dua pegawai awal bagi pentadbiran dan perundangan: Puan Hanita binti Alang Ismail (Pentadbiran & Sumber Manusia) dan Cik Nur Syahidah binti Mohammad (Perundangan).

Pelantikan Pengurusan Awal
1 Mac 2025

Pelantikan Pengarah Pertama LPSA Perak

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 2166 bertarikh 2 Januari 2025 meluluskan pelantikan Puan Siti Azura binti Juki sebagai Pengarah pertama LPSA Perak.

Pelantikan Pengarah Pertama LPSA Perak
15 April 2025

Kemasukan Pegawai & Kakitangan Sokongan

LPSA Perak menerima kemasukan dua pegawai dan lima kakitangan sokongan bagi memperkukuh pengurusan serta operasi harian.

Kemasukan Pegawai & Kakitangan Sokongan
22 Mei 2025

Bengkel Transformasi Lesen & Caj Air

Inisiatif awal LPSA Perak bagi merangka draf peraturan baharu untuk mentransformasikan pelesenan serta caj air bagi aktiviti abstraksi dan lencongan air di Negeri Perak.

Bengkel Transformasi Lesen & Caj Air
16 Oktober 2025

Pewartaan Peraturan & Pemberitahuan Caj Air 2025

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak mewartakan Peraturan-Peraturan Sumber Air Perak (Pengabstrakan dan Pelencongan Air) 2025 serta Pemberitahuan Caj Air Perak (Pengabstrakan dan Pelencongan Air) 2025.

Pewartaan Peraturan & Pemberitahuan Caj Air 2025
1 Januari 2026

Pengaktifan Peraturan-Peraturan Sumber Air 2025

Peraturan-Peraturan Sumber Air Perak (Pengabstrakan dan Pelencongan Air) 2025 dikuatkuasakan sebagai tempoh peralihan pelaksanaan kawal selia dan pelesenan sumber air negeri.

Pengaktifan Peraturan-Peraturan Sumber Air 2025
2 Januari 2026

Pembukaan Kaunter LPSA Perak

Kaunter LPSA Perak dibuka di Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk urusan pelesenan, khidmat nasihat dan pertanyaan berkaitan kawal selia sumber air negeri.

Pembukaan Kaunter LPSA Perak

Tag Popular