Menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang pengurusan air kepada Negeri khususnya berkaitan perundangan, penggunaan, pembangunan, pemulihan, pengurusan dan pengawasan sumber air secara mampu dan maksima untuk faedah semua pihak dan sumber air;
Fungsi & Kuasa
Fungsi dan kuasa Lembaga seperti yang termaktub dalam Enakmen Sumber Air Perak 2023
Fungsi Lembaga
Lembaga hendaklah mempunyai fungsi-fungsi untuk—
Menasihati Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar dan perancangan sumber air berhubung tidak terhad kepada cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk membina, memelihara dan mengelola pembangunan mampu, penggunaan dan pemulihan sumber air yang efisien bagi maksud awam;
Membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan sumber air;
Mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan atau antara negeri;
Membangun dan melaksanakan panduan, standard prestasi, cara-cara dan taksiran berkaitan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan, pemeliharaan dan pemulihan sumber air;
Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam Negeri dan antara negeri-negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber air pelbagai fungsi;
Menerima pakai dan melaksanakan apa-apa dasar, pelan dan program yang sesuai yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri.
mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien, pembangunan dan pemuliharaan sumber air dan sumber di dalamnya;
menyediakan pelan pengurusan sumber air yang bersepadu antara Pihak Berkuasa Awam dan semua pihak yang berkepentingan;
mengurus keseimbangan sumber air yang mengambil kira kuantiti dan kualiti sumber;
menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan pembangunan ekonomi yang berasaskan sumber air;
menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubungan dengan fungsi Lembaga;
menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan pengisytiharan kawasan yang ditetapkan dan dilindungi serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu;
menjaga kepentingan Negeri dalam hal pembangunan,pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air;
mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan tempat-tempat dan peralatan kepunyaan Lembaga;
menjaga kepentingan pengguna air berhubungan dengan kuantiti, kualiti dan harga yang hendak dikenakan untuk bekalan sumber air;
menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk Lembaga dalam pembangunan dan pemuliharaan sumber air;
mengeluarkan lesen kepada mana-mana Pihak Berkuasa Awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber air dan mengawal selia pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka;
membuat kutipan fi, caj, sumbangan, deposit, kompaun dan sebarang bayaran lain berhubung penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air;
menyediakan sumber manusia yang profesional dalam bidang sumber air;
menjalankan penguatkuasaan termasuklah menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau berhubungan dengan suatu sumber air; dan
membuat sebarang perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau bersampingan pelaksanaan fungsinya.
Rujukan Perundangan
Fungsi dan kuasa ini adalah sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Sumber Air Perak 2023 (Enakmen 18). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada salinan penuh Enakmen.
