BM | EN
Maklumat Korporat

Perutusan Pengarah

Mesej dan komitmen Pengarah LPSA Perak kepada semua pihak berkepentingan

Foto Pengarah

Puan Siti Azura Binti Haji Juki

Pengarah LPSA Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian meluangkan masa melayari Portal Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak). Portal LPSA Perak merupakan medium yang membolehkan semua pihak merangkumi agensi kerajaan, syarikat swasta/korporat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai peranan dan perkhidmatan LPSA Perak serta sumber air Negeri Perak.

LPSA Perak akan sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memperkukuh tadbir urus sumber air di Negeri Perak yang memberi penekanan terhadap penggunaan, pembangunan dan pelindungan sumber air.

LPSA Perak juga mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan supaya mencapai kualiti ditetapkan dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara melalui kelestarian sumber air mentah yang berkekalan melalui emel infoaduan.lpsa@perak.gov.my.

Saya dan seluruh warga LPSA Perak berharap agar Portal ini dapat memberi kemudahan kepada pelawat untuk mendapatkan informasi tentang perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti yang telah dilaksanakan.

“Sumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga”

Puan Siti Azura Binti Haji Juki

Pengarah

Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak

Tag Popular